Pejabat dan kediaman Timbalan Perdana Menteri United Kingdom

Tiada set pejabat yang sentiasa bersedia untuk menempatkan timbalan perdana menteri. Timbalan Perdana Menteri Nick Clegg mengekalkan pejabat di ibu pejabat Pejabat Kabinet, 70 Whitehall, yang berhubung dengan 10 Downing Street. Pendahulu Clegg, John Prescott, mengekalkan pejabat utamanya di 26 Whitehall.

Semasa memegang jawatan, Nick Clegg tinggal di kediaman peribadinya di Putney dan beliau berkongsi Chevening House dengan Setiausaha Pertama William Hague sebagai kediaman hujung minggu. Manakala, Prescott tinggal di Dorneywood.